Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang

Terdapat beberapa kawasan pelancongan di Engkilili dan Lubok Antu yang mampu menarik perhatian pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri ini. Antaranya, air terjun Wong Ajong dan Wong Jawi yang sering menjadi tumpuan untuk beriadah atau berkelah. Walaupun terpaksa meredah hutan, namun kepuasan yang diterima ketika berada di kawasan tersebut mampu melupakan rasa penat setelah berjalan agak jauh. Selain itu, kawasan ini juga terkenal dengan Pusat Peranginan Rumah Panjang Hilton yang terletak di Batang Ai, Lubok Antu. Seperti pusat-pusat peranginan lain, Pusat Peranginan Rumah Panjang juga menjanjikan pakej penginapan yang menarik kepada para pengunjung.

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 30 April 2010 07:55
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 43911
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55