Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Belia - Kemas Kini: 2 Dis 2011
Indeks Artikel
Belia
Kemas Kini: 2 Dis 2011
Artikel Asal
Semua Halaman

kk12_engkili_belia

Program Penempatan Pekerjaan Mini

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak cawangan Sri Aman telah menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan Mini (3P) di Dewan Serba Guna Engkilili pada 12 November 2011 lalu. Program 3P yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang itu bertujuan membuka peluang pekerjaan dan seterusnya mengadakan temu duga secara terbuka kepada pemohon di situ. Malah ia membolehkan orang ramai mencari pekerjaan yang sesuai dengan kehendak dan kelayakan mereka. Turut diadakan pada hari tersebut adalah Pameran Kerjaya dan Khidmat Nasihat Undang-undang Perburuhan. Sebanyak 35 Program Penempatan Pekerjaan di seluruh Sarawak yang dianjurkan JTK Sarawak sepanjang 2008 hingga 2010 berjaya menempatkan 3,572 pencari kerja di pasaran kerja.

Program berkenaan turut mendapat sambutan baik daripada majikan-majikan di Sarawak dengan penyertaan kira-kira 573 majikan dengan penawaran sebanyak 39,235 kekosongan jawatan. Para pencari kerja dari kalangan lepasan sekolah, graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS), ibu bapa dan orang ramai digalakkan membawa sijil-sijil bagi tujuan temu duga ketika berlangsungnya Program 3P Jabatan Tenaga Kerja Sri Aman Tahun 2011. Mereka turut mengambil kesempatan mendaftar secara online melalui sistem JobsMalaysia di kaunter pendaftaran yang tersedia. Program mini 3P telah banyak membantu majikan-majikan bertemu terus dengan pencari kerja tempatan dalam mengisi jawatan dalam syarikat mereka. Sekali gus dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing untuk mengisi jawatan yang ditawarkan oleh majikan terbabit. (KK12: 2 Disember 2011 Oleh: Zanariah Abdullah)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 31 Mei 2012 08:56
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 75901
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55