Engkilili
Sarawak Bumi Kenyalang
Belia
Indeks Artikel
Belia
Kemas Kini: 2 Dis 2011
Artikel Asal
Semua Halaman

kk13_engkili_belia

Badminton Terbuka Engkilili

Engkilili bakal digegarkan dengan penganjuran Badminton Terbuka Engkilili pada Februari 2012 ini. Justeru, sebuah jawatankuasa penganjur telah ditubuhkan untuk pertandingan tersebut bertujuan mengumpul segala maklumat yang diperlukan bagi tujuan penganjuran kejohanan itu. Penganjuran Badminton Terbuka Engkilili mendapat sokongan kuat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, YB Dr Johnical Rayong Ngipa. Penganjuran kejohanan berkenaan bertujuan mencungkil bakat sukan badminton di kalangan belia dalam kawasan DUN Engkilili pada masa akan datang. Beliau turut memaklumkan kemungkinan penyertaan bagi kategori Veteran dan bukan Veteran itu kelak dibuka kepada penduduk di kawasan Sri Aman hingga Lubok Antu.

Sebelum itu, Rayong menerusi Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman 2011 telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM3,000 kepada Persatuan Badminton Bahagian Sri Aman. Sebanyak 15 regu menerusi lima buah pasukan iaitu Sri Aman, Kuching, Bintangor, Sibu dan Saratok menyertai pertandingan tersebut. Hadir sama, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Ang Tuan Peck, Pengerusi Persatuan Badminton Bahagian Sri Aman, Zapar Sepawi dan ahli jawatankuasa (AJK) persatuan. Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman 2011 tersebut menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1,500 dan pingat kepada pasukan juara, RM800 dan pingat kepada pasukan naib juara. Manakala pasukan yang menduduki tempat ketiga pula menerima wang tunai sebanyak RM400.00. (KK13: 30 Januari 2012 Oleh: Zanariah Abdullah)


kk12_engkili_belia

Program Penempatan Pekerjaan Mini

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak cawangan Sri Aman telah menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan Mini (3P) di Dewan Serba Guna Engkilili pada 12 November 2011 lalu. Program 3P yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang itu bertujuan membuka peluang pekerjaan dan seterusnya mengadakan temu duga secara terbuka kepada pemohon di situ. Malah ia membolehkan orang ramai mencari pekerjaan yang sesuai dengan kehendak dan kelayakan mereka. Turut diadakan pada hari tersebut adalah Pameran Kerjaya dan Khidmat Nasihat Undang-undang Perburuhan. Sebanyak 35 Program Penempatan Pekerjaan di seluruh Sarawak yang dianjurkan JTK Sarawak sepanjang 2008 hingga 2010 berjaya menempatkan 3,572 pencari kerja di pasaran kerja.

Program berkenaan turut mendapat sambutan baik daripada majikan-majikan di Sarawak dengan penyertaan kira-kira 573 majikan dengan penawaran sebanyak 39,235 kekosongan jawatan. Para pencari kerja dari kalangan lepasan sekolah, graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS), ibu bapa dan orang ramai digalakkan membawa sijil-sijil bagi tujuan temu duga ketika berlangsungnya Program 3P Jabatan Tenaga Kerja Sri Aman Tahun 2011. Mereka turut mengambil kesempatan mendaftar secara online melalui sistem JobsMalaysia di kaunter pendaftaran yang tersedia. Program mini 3P telah banyak membantu majikan-majikan bertemu terus dengan pencari kerja tempatan dalam mengisi jawatan dalam syarikat mereka. Sekali gus dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing untuk mengisi jawatan yang ditawarkan oleh majikan terbabit. (KK12: 2 Disember 2011 Oleh: Zanariah Abdullah)


engkilili_belia

Belia Yang Aktif

Belia di kawasan Engkilili membesar dalam suasana kampung yang masih tebal dengan nilai-nilai murni. Golongan belia di kampung ini mampu memikul tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka.

Selain menuntut ilmu di sekolah, golongan belia di kawasan Engkilili juga rajin membantu keluarga di ladang, menjual hasil kebun selain menuntut ilmu di sekolah. Selain itu, mereka juga aktif bersukan seperti bermain bola sepak, badminton dan sepak takraw pada waktu lapang.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 31 Mei 2012 08:56
 

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Engkilili 95800 Lubok Antu Sarawak

Hit Paparan Kandungan : 71904
Kemas Kini :
09-05-2013 02:55