Laman Utama
Latar Belakang
Sosio dan Budaya
Ekonomi dan Pekerjaan
Sejarah dan Pelancongan
Pendidikan dan ICT
Jabatan dan Agensi Kerajaan
Pendidikan dan ICT

Juara Sekolah Rakan Alam Sekitar 2006

Seluruh warga Long Jekitan seharusnya turut berbangga kerana pencapaian sekolah yang terdapat di kawasan mereka. Menurut Francis Jayl anak Ambit, salah seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan, sekolah tersebut pernah memenangi anugerah Juara Sekolah Rakan Alam Sekitar bagi kategori sekolah luar bandar pada tahun 2006. Sekolah tersebut turut dibekalkan dengan tenga elektrik 24 jam oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan. Begitu juga dengan bekalan air yang menggunakan kaedah gravity feed

Bangunan utama SK Long Jekitan yang dihias dengan wajah para pemimpin negara The Little House of Borneo Rainforest di SK Long Jekitan yang membolehkan sekolah itu mendapat anugerah Juara Sekolah Rakan Alam Sekitar kategori Luar Bandar 2006

SK Long Jekitan ditubuhkan pada tahun 1999 dan setakat ini bilangan pelajarnya adalah seramai 134 orang murid yang berasal dari Long Jekitan, Long Tikan, Long Bee dan Ba Purau. Sekolah ini mempunyai sembilan orang guru dan enam  orang kakitangan sokongan, selain mempunyai kemudahan asrama  yang dilengkapi dengan tilam, bantal dan kelambu. Murid-murid menerima bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebanyak RM450.00 sebulan bagi seorang murid.  Semua bantuan telah disalurkan termasuk pakaian seragam sekolah, buku dan sebagainya, tetapi keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) masih belum memberangsangkan.

Warga Emas Ke Sekolah

Bekalan elektrik 24 jam untuk SK Long Jekitan yang disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam usaha membasmi buta huruf di kalangan   masyarakat luar bandar khususnya  warga emas di kalangan Orang Asli, Orang Ulu dan Kaum Penan, kerajaan telah melancarkan program kelas dewasa dengan peruntukan sebanyak RM13 juta. Ia akan dilaksanakan sehingga 2010 di seluruh negara kepada kumpulan sasar yang tidak dapat membaca dan menulis kira-kira enam peratus daripada jumlah penduduk negara. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika melancarkan program tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Tereh, Kluang, berkata program itu akan diperluaskan ke semua 93 sekolah Murid Orang Asli dan 102 Sekolah Kebangsaan yang mempunyai murid Orang Asli atau Penan di Sarawak. Dua buah sekolah di Sarawak telah dipilih untuk program ini, salah satunya ialah Sekolah Kebangsaan Long Jekitan.

Hishammuddin dilaporkan berkata, "Kerajaan sentiasa berusaha dan mencari pendekatan yang terbaik untuk memajukan kehidupan rakyat. Kita berharap menerusi program ini, ibu bapa yang berjaya menguasai kemahiran 3M kemudian akan membantu anak mereka meningkatkan pencapaian akademik. Kelas  dewasa  itu yang juga antara program pendidikan untuk semua diadakan tiga hari seminggu dalam tempoh dua jam  dan dimulakan antara jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.  

Pemberian Perkhidmatan Sejagat

Pusat Pusat Talian Maklumat di Long Jekitan yang menempatkan komputer yang mempunyai akses kepada Internet Kemudahan telefon bimbit yang disumbangkan oleh Maxis

Menerusi Program Pemberian Perkhidmatan  Sejagat (USP) Fasa 5, kemudahan-kemudahan di bawah program ini telah disalurkan kepada Perpustakaan Desa (PD) di seluruh negara. Pakej projek ini merangkumi penyediaan blueprint Pusat Talian Maklumat (telecentre) iaitu perancangan lima tahun (2008-2012) pembangunan Pusat Talian Maklumat  bagi seluruh negara. Objektif program ini, antara lain untuk memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat luar bandar memanfaatkan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pusat Talian Maklumat ialah pusat komuniti yang dilengkapi dengan peralatan teknologi ICT seperti komputer dengan kemudahan Internet dan peralatan lain bagi kegunaan komuniti setempat. Tujuannya ialah untuk memberi peluang menggunakan teknologi ICT kepada mereka yang tidak berupaya menyediakan sendiri kemudahan tersebut dan seterusnya merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar di negara ini.

Akses internet Pusat Pusat Talian Maklumat di Long Jekitan menggunakan peralatan V-Sat dan tenaga solar

Berdasarkan blueprint yang telah disediakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Pusat Talian Maklumat bukan sahaja akan menyediakan kemudahan ICT tetapi perkhidmatan lain    seperti latihan, sumber maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian untuk kumpulan-kumpulan sasaran dalam masyarakat seperti golongan belia, warga emas dan wanita untuk mempertingkatkan tahap sosioekonomi masyarakat berkenaan.

Baru-baru ini, KTAK dengan kerjasama syarikat telekomunikasi  Maxis telah mendirikan sebuah   Pusat Talian Maklumat yang dilengkapi dengan enam buah komputer,  sebuah mesin cetak, sebuah mesin pengimbas, sebuah telefon dan kemudahan Internet. Pusat ini menggunakan bekalan elektrik yang dijana melalui tenaga solar. Maxis turut menyumbang sebanyak 12 unit telefon bimbit, kad sim  serta  kad tambah nilai yang berjumlah RM20.00 kepada kesemua empat buah Dalam bidang komputer dan program kesedaran teknologi maklumat (IT), kerajaan telah melaksanakan   Projek E-Bedian, khususnya di kawasan penempatan suku kaum Kayan di Long Bedian, diikuti Projek E-Jekitan di perkampungan Long Jekitan, yang didiami ramai penduduk daripada suku kaum Penan.