Laman Utama
Latar Belakang
Sosio dan Budaya
Ekonomi dan Pekerjaan
Sejarah dan Pelancongan
Pendidikan dan ICT
Lain-Lain
Jabatan dan Agensi Kerajaan
sejarah dan PELANCONGAN

Menghapuskan Ancaman Komunis

Di sini tidak air terjun bertingkat untuk dikunjungi. Tiada juga ombak membelah pesisir pantai justeru kawasan Lembah kalau bukanlah kawasan kesukaan pelancong. Namun, pencinta sejarah mungkin berminat atau mempunyai sebab untuk bertandang ke sini. Shamsiah Fakeh, bekas pemimpin parti komunis Malaya (PKM) dari Rejimen ke-10 dikatakan berasal dari Sungai Ruan, Pahang. Kini, Sungai Ruan ialah salah satu pekan yang agak hampir dengan Kampung Felda Lembah Klau. Sekitar 1940 – 1987 dahulu, daerah Raub dan sekitarnya merupakan kubu kuat anggota  Parti Komunis Malaya (PKM) termasuklah kawasan yang ketika ini dikenali sebagai  Lembah Klau yang ketika itu  merupakan hutan belantara.

Rumah-rumah di perkampungan pekan Sungai Ruan yang kebanyakannya masih berciri lama Pekan Sungai Klau, kedudukannya boleh dikatakan di pedalaman belum pesat membangun telah dibuka pada 1960

 

Kawasan bukit dan berbatu ini dikatakan menjadi kubu komunis pada waktu itu. Kini ia telah diteroka oleh penduduk kampung dan kaum Orang Asli Sungai Ruan untuk mengusahakan pertanian Justeru, pembukaan tanah-tanah baru seperti rancangan tanah Felda merupakan tindakan serampang dua mata kerajaan, untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk khususnya Bumiputera serta menyusun semula masyarakat. Cara ini juga telah dapat melemahkan kegiatan PKM sehingga Malaysia diisytiharkan bebas komunis pada 1987.

Ancaman komunis yang serius di beberapa negeri di Semenanjung seperti Pahang, Perak, Selangor dan lain-lain menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk membina atau membangunkan kawasan penempatan baru seperti    Cheroh (1948), Sang Lee (1948), Sungai Ruan (1948), Sungai Chetang (1948), Bukit Koman (1949), Sempalit (1950), Sungai Lui (1950), Tras (1950) dan Sungai Klau (1960). Dari aspek keselamatan misalnya,  pada 1982,  Pasukan Polis Hutan (kini dikenali Pasukan Gerakan Am) berjaya menumpaskan empat orang anggota komunis di Sungai Ruan. Di samping itu,  diwujudkan juga Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK)  pada 1978 yang melibatkan seramai 534 peserta di RPSK Peruang, RPSK Merapoh, RPSK Sungai Chalit dan RPSK Jekoh.