Laman Utama
Latar Belakang
Sosio dan Budaya
Ekonomi dan Pekerjaan
Sejarah dan Pelancongan
Pendidikan dan ICT
Lain-Lain
Jabatan dan Agensi Kerajaan
Pendidikan dan ICT

Menurut Mazanah Yakob, kira-kira 30 hingga 40 peratus masyarakat di Kampung Felda Lembah Klau mempunyai asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama generasi muda dan di bangku sekolah. Mereka telah terdedah kepada  budaya ICT kerana pihak Felda ada memberikan pinjaman membeli peralatan komputer kepada para peneroka atau tanggung mereka yang berminat. Tambahan pula, kemudahan untuk melanggan perkhidmatan jalur lebar turut disediakan oleh Telekom Malaysia. Penyediaan peralatan tersebut di premis-premis awam seperti perpustakaan  juga telah membantu menyedarkan peneroka mengenai kepentingan ICT pada masa ini.

Mazanah  yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menguruskan cadangan penubuhan sebuah telecentre di kampung ini  yakin  dapat menyemarakkan kadar penguasaan teknologi maklumat terutama di kalangan peneroka dewasa. Pada peringkat permulaan, pihak Felda telah “meminjamkan” sebuah bilik  bagi menempatkan empat buah komputer, sebuah pencetak dan sebuah pengimbas. Komputer-komputer tersebut juga dilengkapkan kemudahan internet dan boleh digunakan oleh masyarakat Felda secara percuma.

Komputer yang dibekalkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui program telecentre Mazanah dan sukarelawan Muhamad Rozaidhan, 22 tahun

Walaupun cadangan mewujudkan telecenter tersebut masih baru dan dibuka pada pertengahan Disember 2008, kira-kira lima hingga 10 orang telah menggunakannya setiap hari. Mazanah yang dibantu oleh dua orang sukarelawan berhasrat mencurahkan bakti kepada semua masyarakat peneroka yang berminat mendalami ICT. Justeru, beliau bercadang menganjurkan kursus-kursus  asas berkaitan ICT mulai  2009 kepada semua lapisan wara peneroka yang berminat.

Program Dalam Komuniti  

Program Dalam Komuniti (PDK) ialah  usaha alternatif kepada perkhidmatan pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi atau di rumah yang dilaksanakan sejak 2005. Program ini  berbentuk perkhidmatan kepada pembangunan komuniti untuk OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat itu sendiri dengan matlamat mereka akan mengecap peluang sama rata dan berupaya berinteraksi dengan masyarakat. Antara program utama PDK ialah kempen intervensi awal  mencegah kecacatan kanak-kanak di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan baka-bakal ibu bapa.

Rumah banglo ini ialah premis PDK Sinaran Klau di kampung Felda Lembah Klau

 Terdapat 379 PDK di seluruh negara dengan 10,670 OKU. Daripada jumlah itu seramai 1,825 OKU berada di dalam kawasan Felda di 52 buah pusat melibatkan 1,145 pelajar OKU dan 162 tenaga pengajar serta mendapat kerjasama daripada Gabungan Wawasan Generasi Felda. PDK memerlukan penglibatan OKU secara aktif di samping sokongan dan kerjasama ibu bapa, keluarga, penjaga dan juga masyarakat setempat. Program seperti itu bukan sahaja menjimatkan kos tetapi memberi peluang yang lebih luas kepada OKU untuk mendapatkan latihan atau pelajaran secara bersistem.

Di Pahang terdapat 39 buah PDK dengan 1,9045 OKU dan 173 kakitangan diletakkan di bawah bidang kuasa jabatan kebajikan Masyarakat dan  Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat.  PDK Sinaran Klau beroperasi di sebuah premis banglo di Kampung Felda Sungai Klau.  Aktiviti yang dianjurkan banyak membantu  ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya atau yang bermasalah kesihatan, pendengaran dan penglihatan.