Sejarah Penubuhan

Atas kesedaran supaya ketuanan Melayu berkekalan dan penyatuan Melayu perlu diperkukuhkan, YBhg Tan Sri Aseh Che Mat telah membincangkan cadangan penubuhan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) dengan beberapa orang rakan beliau tentang perkara tersebut di Melaka pada penghujung tahun 2009. Beliau telah mendapat sokongan dengan cadangan tersebut dari sahabat-sahabat yang telah bersara dari perkhidmatan Kerajaan.

Cadangan ini telah dikemukakan kepada YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO dan beliau telah merestui dan meminta YBhg Tan Sri Aseh melaksanakan penubuhan KUPKKM. Satu Jawatankuasa ‘Protem’ telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Aseh Che Mat. Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia telah didaftarkan pada 31hb Disember 2009. Mesyuarat Agung Pertama KUPKKM telah diadakan pada 19 Februari 2010.

Satu Jawatankuasa Kerja KUPKKM telah dipilih oleh ahli-ahli yang hadir di mesyuarat agung tersebut. Jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan dengan YAB Presiden UMNO pada 27 hb Ogos 2010 untuk membincangkan hala tuju KUPKKM. Pelancaran KUPKKM telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada 16 Oktober 2010 di Seri Perdana, Putrajaya.