Perlembagaan

PERLEMBAGAAN KELAB UMNO BAGI PESARA KANAN KERAJAAN

Persatuan : Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan 

Pesara Kerajaan : Penjawat Awam yang telah bersara sekurang-kurangnya
pada gred 48

M.A.T. : Mesyuarat Agung Tahunan

Jawatankuasa Utama : Jawatan-jawatan Presiden, Timalan Presiden, Setiausaha
Kehormat dan Bendahari adalah ditakrifkan sebagai
Jawatankuasa Utama


 

 

 

 

 

BAB I: NAMA DAN DASAR

Fasal 1:

(a) Nama persatuan ini ialah Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan
(b) Singkatan nama ialah KUPK
(c) KUPK adalah berasaskan komitmen perjuangan UMNO
(d) KUPK akan membantu dengan memberi maklum balas berkaitan sokongan masyarakat, khususnya Melayu kepada UMNO dengan maksud penambah baikan UMNO. Ianya bersiasah parti.

BAB II: LAMBANG , LAGU DAN COGAN

Fasal 2: (a) Lambang Persatuan ialah dua harimau mengapit satu logo UMNO
Warna rasmi lambang ialah putih, merah, kuning dan biru.

Taksirannya:

Penyatuan tenaga ahli-ahli bagi memberi pemikiran mengenai siasah negara; khususnya yang berkaitan dengan UMNO.

Dengan sepotong ayat lambang persatuan bermakna taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Negara

(b) Cogan kata KUPK ialah ”BERFIKIR UNTUK NEGARA”

BAB III: IBU PEJABAT /ALAMAT POS

Fasa 3: (a) Ibu Pejabat KUPK beralamat;

Ibu Pejabat KUPK dan alamat Pos KUPK ialah

(b) Alamat Ibu Pejabat dan Alamat Pos Persatuan tidak boleh diubah
dengan tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

BAB IV: TUJUAN

Fasa 4: Tujuan Persatuan ialah:-

(a) Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka;
(b) Meluaskan pengalaman dan pengetahuan, serta meninggikan kebolehan ahli-ahli;
(c) Menyatu dan menyalurkan tenaga ahli-ahli Persatuan bagi memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembangunan untuk negara dan rakyat;
(d) Menyemaikan perasaan persatuan diantara ahli-ahli;
(e) Memupuk kesedaran di antara ahli-ahli akan tanggungjawab kepada Negara; dan
(f) Membuat analisis siasah mengenai sokongan orang-orang melayu kepada UMNO.

BAB V: LANGKAHAN

Fasa 5: Dengan maksud supaya persatuan akan bertambah kembang, kuat dan berkebolehan untuk mencapai cita-citanya. Jawatankuasa Kerja bersama-sama ahli-ahlinya akan mengambil langkah-langkah berikut:-

(a) Meningkatkan kesedaran di kalangan ahli-ahli bahawa Pesara Kanan Kerajaan boleh memberi sumbangan pemikiran untuk Negara;
(b) Menegakkan mutu tatasosial yang tinggi di dalam masyarakat;
(c) Berusaha dan berikhtiar untuk memberi idea/pemikiran yang baik;
(d) Menghimpun, mengkaji dan menerbitkan bahan-bahan ilmiah sama ada melalui penerbitan sendiri atau/dan sebaran am dalam perkara-perkara yang bersangkutan;
(e) Menganjurkan seminar-seminar, kursus-kursus, ceramah, forum dan perbincangan untuk ahli-ahli
(f) Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi
(g) Menjalankan kegiatan melabur, memiliki harta atau kegiatan tidak bercanggah untuk kepentingan ahli-ahli;
(h) Mejaga hak-hak dan kepentingan ahli-ahli.

BAB VI : KEAHLIAN

Fasa 6: Ahli-ahli Persatuan ialah:-

(a) Ahli Biasa

Pesara Kanan Kerajaan Malaysia

(b) Ahli Seumur Hidup

Ahli-ahli adalah layak memohon menjadi ahli seumur hidup tertakluk kepada syarat menjelaskan yuran seperti yang ditetapkan

(c) Ahli Kehormat

Mesyuarat Agung boleh memutuskan dengan secara terbanyak untuk menganugerahkan taraf Ahli Kehormat kepada mana-mana perseorangan yang pada pendapat mesyuarat tersebut telah berjasa

BAB VII: HAK-HAK AHLI

Fasa 7: Ahli-ahli mempunyai hak seperti berikut:-

(a) Ahli Biasa

Ahli-ahli biasa berhak mengundi, diundi, menyuarakan pendapat di dalam mesyuarat agung dan berhak mendapat segala kemudahan yang tersebut di dalam perlembagaan

(b) Ahli Seumur Hidup

Ahli-ahli seumur hidup mempunyai hak yang sama dengan ahli-ahli biasa di dalam persatuan

(c) Ahli Kehormat

(i) Ahli-ahli kehormat berhak menerima segala kemudahan persatuan tetapi tidak berhak mengundi, melantik dan dilantik memegang mana-mana jawatan dalam persatuan

BAB VIII: KEWAJIPAN AHLI-AHLI

Fasa 8: Kewajipan Ahli-ahli ialah:-

(a) Menjunjung kedaulatan perlembagaan
(b) Berikhtiar menjayakan segala keputusan Mesyuarat Agung
(c) Mempereratkan tali persaudaraan dan kekeluargaan antara ahli-ahli
(d) Membayar yuran ditetapkan atau sebarang bayaran selain daripada yang ditetapkan
(e) Menyempurnakan segala kerja dan rancangan-rancangan yang dipinta laksanakan oleh Jawatankuasa Kerja dari masa ke semasa

BAB IX: CARA MENJADI AHLI, MENARIK DIRI DAN PECATAN

Fasa 9: Cara-cara menjadi ahli adalah seperti berikut:-

(a) Ahli Biasa

(i) Setiap Pesara Kanan Kerajaan Malaysia pada sekurang-kurangnya gred 48 adalah layak memohon menjadi ahli

(ii) Setiap ahli akan diberi nombor keahlian oleh Jawatankuasa Kerja

(b) Ahli Seumur Hidup

(i) Tertakluk kepada syarat menjelaskan yuran yang ditetapkan ahli-ahli biasa boleh memohon kepada Jawatankuasa Kerja untuk menjadi ahli seumur hidup

(ii) Persetujuan bertulis beserta nombor keahlian ahli seumur hidup akan diberi oleh Jawatankuasa Kerja

(c) Ahli Kehormat

(i) Jawatankuasa Kerja ataupun mana-mana ahli boleh mencalonkan di dalam Mesyuarat Agung orang-orang perseorangan yang mahu dianugerahkan taraf Ahli Kehormat

(ii) Keputusan penganugerahan adalah atas suara terbanyak ahli-ahli yang hadir di Mesyuarat Agung

(iii) Jawatankuasa Kerja akan menyampaikan secara bertulis penganugerahan Ahli Kehormat

(iv) Calon yang dianugerahkan tidak boleh dipaksa untuk menerima penganugerahan tersebut

(v) Mesyuarat Agung yang berikutnya hendaklah dilaporkan sekiranya penganugerahan tersebut ditolak oleh calon.

Fasa 10: Mana-mana ahli yang hendak menarik diri dari KUPK mestilah memberitahu Jawatankuasa Kerja dua bulan terlebih dahulu. Penarikkan diri tidak diakui sah sebelum menerima jawapan rasmi dari Jawatankuasa Kerja menyatakan tidak ada apa-apa hutang atau harta kepunyaan persatuan yang masih di dalam simpanan.

Fasa 11: (a) Jawatankuasa Kerja berhak memberhentikan seorang ahli jika ia
didapati dari laporan-laporan atau makluman bahawa kegiatan
dan kelakuan yang dilakukan oleh ahli berkenaan mencemarkan atau boleh mencemarkan nama baik persatuan. Keputusan Jawatankuasa Kerja itu mestilah mengikut dua pertiga suara Ahli Jawatankuasa Kerja.

(b) Seseorang ahli yang dipecat boleh menyuarakan perkaranya di dalam masa tidak lewat dari 12 bulan ditimbang oleh Mesyuarat Agung adalah keputusan suara terbanyak ahli yang hadir dan adalah muktamat.

BAB X: SUSUNAN DAN URUSAN

Fasa 12: KUKP adalah diuruskan mengikut bentuk susunan seperti berikut:-

(a) Mesyuarat Agung Tahunan

(b) Mesyuarat Agung Luar Biasa

(c) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang terdiri dari 15 orang iaitu 11 orang di pilih di dalam Mesyuarat Agung (Mengikut Perlembagaan Bab X Fasal 13 vii) dan 4 orang yang dilantik oleh Presiden

Fasa 13: Mesyuarat Agung

(a) Mesyuarat Agung ialah badan Pentadbiran yang tertinggi sekali.

(b) Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan setahun sekali di antara bulan Januari dan Jun, yang akan diberitahu oleh Ibu Pejabat KUPK sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Mesyuarat Agung diadakan, tetapi Jawatankuasa Kerja hendaklah dipilih dua tahun sekali. Agenda mesyuarat agong hendaklah termasuk Penyata Kira-kira bagi tahun kewangan lalu yang telah diauditkan dan dihantar kepada ahli-ahli bersama notis mesyuarat itu.

(c) Mesyuarat Agung dihadiri oleh:-

(i) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja

(ii) Ahli-ahli Biasa Persatuan

(iii) Ahli Seumur Hidup

(iv) Ahli-ahli Kehormat

(d) Bilangan untuk mencukupi Mesyuarat Agung Tahunan mestilah
sekurang-kurangnya 20 orang ahli yang berhak mengundi. Kehadiran dalam mesyuarat agung boleh dilakukan sendiri atau secara proksi bertulis oleh ahli-ahli. Seorang ahli tidak boleh memegang lebih dari satu proksi.

(e) Sekiranya berlaku keadaan tidak cukup korum untuk menjalankan
mesyuarat agung. Pengerusi hendaklah menundakan mesyuarat itu kepada satu tarikh selepasa 14 hari dari tarikh asal mesyuarat. Agenda bagi mesyuarat yang ditunda itu hendaklah sama dengan agenda yang telah ditetapkan didalam mesyuarat asalnya. Mesyuarat agung yang ditundakan boleh dijalankan tanpa mengira korum.

(f) Mesyuarat Agung berkuasa untuk:

(i) Menimbangkan langkah-langkah Persatuan masa hadapan

(ii) Menubuhkan sesuatu tabung atau projek untuk faedah persatuan dan ahli-ahli

(g) Susunan Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:-

(i) Melantik seorang Pengerusi dan dua orang Setiausaha
Mesyuarat

(ii) Ucapan dasar Presiden

(iii) Mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa

(iv) Membentangkan dan menerima Laporan Kemajuan Tahunan

(v) Membentangkan, menerima dan meluluskan penyata kewangan yang telah diaudit

(vi) Pindaan Perlembagaan (sekiranya ada)

(vii) Memilih Jawatankuasa Kerja dua tahun sekali yang terdiri dari :-

1. Seorang Presiden
2. Seorang Naib Presiden
3. Seorang Setiausaha Kerhormat
4. Seorang Bendahari
5. 7 orang Jawatankuasa

(viii) Memilih 2 orang pemeriksa kira-kira

(ix) Membincangkan usul-usul yang telah dihantar kepada Urusetia sekurang-kurangnya seminggu sebelum Mesyuarat Agung dijalankan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.

(x) Ucapan Penangguhan

(h) Segala keputusan Mesyuarat Agung hendaklah mengikut suara
ramai ahli-ahli yang hadir kecuali keputusan berkaitan dengan
perlembagaan yang memerlukan suara dua pertiga ahli-ahli yang
hadir.

(i) Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan berpandukan dan
bertaklidkan peraturan Mesyuarat Agung yang dipersetujui oleh persidangan.

(ii) Beberapa Jawatankuasa Kecil boleh dibentuk bagi
Menguruskan hal ehwal Mesyuarat Agung seperti Jawatankuasa Usul, Jawatankuasa Kecil Tauliah (kalau perlu). Tugas-tugas Jawatankuasa Kecil adalah berkuatkuasa seperti di dalam peraturan tetap mesyuarat.

Fasa 14: Mesyuarat Agung Luar Biasa

(a) Mesyuarat Agung Luar Biasa akan dipanggil di atas kehendak
Jawatankuasa Kerja atau dengan permohonan bertulis oleh sekurang-kurangnya 30 orang ahli yang berhak mengundi

(b) Notis memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah di hantar tidak kurang dari 14 hari sebelum mesyuarat diadakan. Notis itu juga hendaklah mengandungi perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Perkara-perkara yang tidak dimasukkan di dalam notis tersebut tidak boleh dibincangkan

(c) Fasa 13 (d) berkenaan korum M.A.T. hendaklah digunakan untuk
maksud Mesyuarat Agung Luar Biasa, dan sekiranya tidak cukup korum, Pengerusi akan mengistiharkan mesyuarat dibatalkan. Jika mereka yang bertanggungjawab meminta mesyuarat diadakan dibawah fasal 14 (a) ingin diadakan mesyuarat lain; maka tindakan yang sama seperti yang terkandung di dalam fasal 14 (a) dan (b) hendaklah dibuat semula.

Fasa 15: Jawatankuasa Kerja

(a) Jawatankuasa Kerja adalah Badan Tertinggi KUPK sesudah
Mesyuarat Agung Jawatankuasa Kerja berkuasa menjalankan segala dasar dan tujuan KUPK dalam menyelenggarakan segala rancangan Mesyuarat Agung dan keputusan mesyuarat jawatankausa.

(b) Jawatankuasa akan dipilih secara undi dalam mesyuarat agung
tahunan dan akan memegang jawatan selama 2 tahun hingga ke mesyuarat agung tahunan yang berkenaan selepas genap tempuh 2 tahun. Sebarang kekosongan di dalam jawatankuasa kerja yang berlaku sebelum mesyuarat agung tahunan akan diisikan oleh jawatankuasa kerja yang lain dengan secara undi daripada ahli-ahli jawatankuasa yang ada dengan memilih ahli-ahli persatuan yang lain.

(c) Mana-mana ahli Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada
Seorang yang ditunjuk oleh Presiden dari kalangan ahli-ahli biasa dan ahli-ahli seumur hidup boleh diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja dengan suara ramai.

(d) Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja ialah:-

(i) Presiden

Mempengerusikan segala mesyuarat persatuan kecuali Mesyuarat Agung dan ia adalah bertanggungjawab terhadap kelancaran mesyuarat tersebut. Ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani semua catatan mesyuarat apabila diluluskan. Ia berhak meperakukan kepada jawatankuasa kerja mana-mana ahli yang bersesuaian untuk dijadikan ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik, tertakluk kepada jumlah empat (4) orang.

(ii) Timbalan Presiden

Seseorang Timbalan Presiden adalah bertanggungjawab
Membantu tugas-tugas Presiden mempengerusikan mesyuarat Jawatakuasa Kerja apabila Pengerusi tidak hadir, memangku jawatan Presiden jika Presiden berhenti dengan apa-apa sekalipun sehingga seorang Presiden baru di pilih.

(iii) Setiausaha Kehormat

Menjalankan segala tugas-tugas pentadbiran persatuan mengikut perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan dan ia hendaklah menjalankan segala ketetapan dan keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa kerja. Ia adalah bertanggungjawab tentang surat menyurat sama ada perhubungan dalam persatuan mahupun dengan pihak-pihak luar serta menyimpan segala buku-buku dan surat-surat persatuan .

(iv) Bendahari

Bertanggungjawab dalam soal kewangan KUPK . Ianya hendaklah menyimpan kenyataan keluar masuk kewangan, ianya bersama-sama seorang ahli jawatankuasa utama hendaklah menandatangani segala cek-cek pihak persatuan dan mengendalikan surat-surat kewangan persatuan. Bendahari hanya boleh menyimpan wang tunai dalam tangan tidak lebih dari RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) bagi satu-satu masa

(v) Lain-lain Anggota Jawatankuasa Kerja

Ditetapkan tugasnya oleh mesyuarat Jawtankuasa Kerja yang pertama. Setelah dilantik mengikut aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di dalam ketiadaan Presiden dan Naib Presiden, salah seorang dari ahli jawatankuasa boleh dilantik mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mengikut suara terbanyak. Apabila berlaku sesuatu tempoh pentadbiran dan jika didapati perlu, salah seorang dari ahli jawatankuasa boleh dilantik berdasarkan suara terbanyak jawatankuasa untuk memangku kekosongan jawatan tersebut.

(e) Mesyuarat biasa jawatankuasa kerja hendaklah diadakan
sekurang-kurangya 3 kali setahun untuk mengatur dan mengkaji kerja-kerja yang dijalankan. Kiranya mustahak, Jawatankuasa Kerja boleh membincangkan satu-satu perkara mengikut keadaan. Keputusan jawatankuasa adalah muktamat jika tidak dibatalkan Mesyuarat Agung.

(f) Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja diadakan dengan
Permintaan Presiden atau sekurang-kurangnya lima (5) orang ahli Jawatankuasa Kerja dalam masa tiga minggu sesudah permintaan itu.

(g) Pemberitahuan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja
Hendaklah sampai sekurang-kurangnya satu minggu sebelum mesyuarat. Pemberitahuan mesyuarat khas boleh dibuat dalam tempuh 24 jam.

(h) Bilangan untuk mencukupi mesyuarat Jawatankuasa Kerja ialah
Setengah daripada jumlah Jawatankuasa Kerja.

(i) Ahli Jawatankuasa Kerja yang tidak dapat hadir di Mesyuarat
Jawatankuasa kerja hendaklah memberitahu pengerusi mesyuarat sebab keuzurannya.

(j) Jawatankusa Kerja berkuasa untuk melantik sesuatu Jawatankuasa Am/atau jawatankuasa kecil untuk mengambil tindakan-tindakan serta merta dan menetapkan kerja-kerjanya. Segala keputusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Kerja.

(k) Jawatankuasa Kerja berkuasa memilih seorang atau lebih
Daripada ahli-ahli persatuan di dalam mana-mana negeri atau wilayah yang mempunyai ahli tidak kurang daripada 30 orang untuk menjalankan aktivit-aktiviti persatuan di negeri atau wilayah tersebut.

(l) Jawatankuasa Kerja boleh mendatangkan syor bagi meminda atau
Menambah akan perlembagaan persatuan sedia ada untuk ditimbangkan di dalam mana-mana Mesyuarat Agung.

(m) Jawatankuasa Kerja boleh dengan suara 2/3 ahli Jawatankuasa
Kerja menggantungkan jawatan mana-mana ahli Jawatakuasa Kerja yang didapati pecah amanah, melakukan perbuatan yanag mencemarkan nama baik persatuan atau tidak hadir mesyuarat jawatankuasa kerja persatuan tiga kali berturut-turut tanpa notis sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang. Tindakan ini hendaklah dilaporkan kepada Mesyuarat Agung untuk mendapatkan keputusan melucutkan jawatan ahli tersebut.

(n) Jawatankuasa Kerja boleh memberi teguran, pandangan dan
nasihat di atas perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada persatuan dan ahli-ahli sesuai dengan perlembagaan persatuan.

(o) Jawatankuasa Kerja berkuasa memanggil satu-satu Mesyuarat
Agung Luar Biasa kerana membincangkan satu-satu perkara penting.

BAB XI : KEWANGAN

Fasa 16: Punca Kewangan

(a) Daripada bayaran masuk ahli sebanyak RM 10.00 seorang

(b) Daripada yuran ahli-ahli

(i) Ahli biasa sebanyak RM 60.00 setahun

(ii) Ahli seumur hidup sebanyak RM 100.00 (sekali sahaja
selama-lamanya)

(c) Daripada lain-lain punca halal dan tidak bercanggah dari segi
Undang-undang dan peraturan-peratuan awam

Fasa 17: Akaun Bank

(a) Wang pertaruhan hendaklah disimpan di dalam bank yang ditetap
kan oleh Jawatankuasa Kerja

(b) Akaun bank persatuan hendaklah di bawah nama persatuan . Cek-
Cek yang dikeluarkan hendaklah mempunyai tandatangan Bendahari dan mana-mana seorang daripada ahli-ahli jawatankuasa utama yang lain.

Fasa 18: Jawatankuasa kerja akan merancangkan Kira-kira perbelanjaan dan
Pendapatan persatuan dan berkuasa mengurangkan atau menambah
Perbelanjaan mengikut keadaan.

Fasa 19: Tahun kewangan persatuan akan bermuala pada 1hb. Januari dan
Berakhir pada 31hb Disember setiap tahun. Penyata kira-kira yang telah
diaudit hendaklah dikemukakan untuk meluluskan Mesyuarat Agung
yang berikutan.

BAB XIII: HARTA DAN PEMEGANG AMANAH

Fasa 20: Harta

Harta Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk membeli, memajak atau
Memperolehi tanah dan membina di atasnya apa-apa bangunan dan
Kegunaan atau hasil daripada tanah,atau bangunan itu adalah semata-
Mata untuk mencapai tujuan dan cita-cita persatuan.

Fasa 21: Pemegang Amanah

(a) Bagi maksud pemilikan tanah atau lain-lain harta serta maksud
Pemegang amanah sebarang tabung amanah oleh Persatuan, maka hendaklah dilantikkan empat (4) orang pemegang amanah dan tertakluk kepada satu Pengakuan Amanah.

(b) Pemegang Amanah hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agung
Daripada orang-orang yang berumur lebih daripada 21 tahun berwarganegaraan Malaysia dan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan pecah amanah.

(c) Pemegang Amanah ini tidak berhak menjual, menggadai ataupun
Mencagar tanah atau harta Persatuan ini dengan tidak mendapat kebenaran Mesyuarat Agung, Perjanjian Amanah adalah tertakluk kepada satu laporan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung dan bagi harta yang berbentuk tanah ”Caveal” Pemegang Amanah hendaklah didaftarkan.

(d) Jawatankuasa Kerja berhak melucutkan jawatan seseorang
Pemegang amanah jika ianya seorang yang tidak berfikiran siuman, pecah amanah, melakukan jenayah yang disabit oleh Mahkamah Tinggi, yang pergi ke luar negeri atau tidak boleh lagi menjalankan kewajipannya. Pemegang Amanah yang dilucutkan jawatannya mengikut undang-undang ini berhak merayu kepada Mesyuarat Agung yang berkuasa memberi keputuasan yang muktamad.

BAB XIV: PINDAAN PERLEMBAGAAN

Fasal 22: Perlembagaan ini boleh dipinda atau ditambah oleh sekurang-kurangnya
Dua pertiga daripada ahli-ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam Mesyuarat Agung dan segala pindaan atau tambahan tidak akan berjalan kuatkuasanya sebelum mendapatkan kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan.

BAB XV: PENJELASAN

Fasal 23: Jika takdirnya terbit satu-satu soal atau perkara berkenaan dengan tafsiran di dalam perlembagaan ini, maka Jawatankuasa Kerja berkuatkuasa membincangkan serta memberikan keputusannya. Dalam hal ini, keputusan Jawatankuasa Kerja adalah muktamad jika tidak dibatalkan oleh Mesyuarat Agung.

BAB XVI: LARANGAN

Fasal 24: (a) Rumah Persatuan tidak boleh digunakan untuk maksud selain daripada bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan dan dilarang melakukan sebarang kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang di Rumah Persatuan.

(b) Semua bentuk perjudian dan semua permainan yang bergantung
Semata-mata kepada nasib dan ada pertaruhan tidak boleh dimainkan di dalam rumah persatuan.

(c) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang
atau apa-apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga
barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan
kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam undang-
undang kesatuan sekerja 1959.

(d) Persatuan ini tidak boleh menjalakan loteri sama ada dikhaskan
kepada ahli-ahli atau tidak atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli

BAB XVII : PEMBUBARAN

Fasa 25: (a) Persatuan tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan
tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang berhak
mengundi dan yang hadir di Mesyuarat Agung.

(b) Sekirangya persatuan dibubarkan mengikut cara yang tersebut di
dalam ceraian (a) di atas maka segala hutang dan tanggungan di jelaskan. Baki wang dan harta yang tinggal akan didermakan kepada sebarang badan yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung
tersebut.

(c) Kenyataan pembubaran persatuan hedaklah disampaikan kepada
Pendaftar pertubuhan dalam masa empat belas hari daripada
Tarikh Persatuan diputuskan supaya dibubarkan.

BAB XVIII: PEMANSUHAN

Fasa 26: Segala Perlembagaan Persatuan yang dibuat sebelum ini adalah
Dimansuhkan.

Fasa 27: Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya setelah diterima oleh Mesyuarat
Agung dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.