Mesyuarat Agung Tahunan Pertama dan Kedua KUPKKM

Mesyuarat Agung Pertama Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia telah berlangsung pada 19 Februari 2010 di Sime Darby Convention Centre. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg Tan Sri (Dr) Aseh Haji Che Mat. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pesara-pesara kanan kerajaan merupakan golongan yang berilmu dan berpengalaman, jadi seharusnya mereka menggunakannya bagi memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Mesyuarat juga telah melantik Ahli Jawatankuasa sesi 2010-2013, Juruaudit serta Pemegang Amanah. Mesyuarat telah dihadiri 140 orang ahli kelab.

Pada 10 Oktober 2011, KUPKKM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua bertempat di  Sime Darby Convention Centre. Mesyuarat diadakan untuk melantik Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat, pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama, pembentangan Laporan Kemajuan Aktiviti Tahun 2010 dan pembentangan Penyata Kewangan yang telah diaudit.