Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Perak

Pada 11 Februari 2011 telah diadakan Majlis Makan Malam Dan Ramah Mesra oleh AJK KUPKKM bersama dengan Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar bermula pada pukul lapan malam dan dihadiri oleh 300 pesara kanan kerajaan Negeri Perak bagi memberikan tanda sokongan terhadap kelab.

 

 

Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

Pada 18 Februari 2011 telah diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan untuk menyatakan taat setia menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Malam bersejarah itu telah dihadiri oleh YBhg Tan Sri (Dr) Aseh Haji Che Mat, selaku Presiden KUPKKM, dan juga lebih dari 200 pesara kanan kerajaan di Negeri Sembilan.

Majlis Perasmian Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia

Satu majlis bagi merasmikan penubuhan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) telah diadakan di Kediaman Seri Perdana, Putrajaya. Majlis berlangsung pada 16 Oktober 2010 jam 4.45 petang.

KUPKKM telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan dihadiri oleh Presiden Kelab, YBhg Tan Sri (Dr) Aseh Haji Che Mat bersama lebih 600 orang ahli.

 

Mesyuarat KUPKKM di Menara Kuala Lumpur

KUPKKM telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan aktiviti kelab di Menara Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2011. Mesyuarat di pengerusi oleh YBhg Tan Sri (Dr) Aseh Haji Che Mat  ini telah dihadiri oleh 20 ahli jawatankuasa kelab. Antara perkara yang dibincangkan pada hari itu ialah penerbitan buletin untuk pesara.