Bajet 2013: Kenaikan Pencen Minimum Untuk Pesara Kerajaan

Sempena Pembentangan Bajet 2013 yang lalu, Y.A.B Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kenaikan pencen minimum kepada pesara. Hadiah ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan pesara-pesara kerajaan.

Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dinaikkan dari RM720 kepada RM820 yang melibatkan sejumlah RM 100 peningkatan dari sebelum ini. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012 . 

Memetik kata-kata Y.A.B Perdana Menteri: 

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara."