Kata Aluan Presiden Kelab

RESOLUSI

BAHAWASANYA, Kami pesara-pesara Kerajaan yang menyertai forum “DASAR PENDIDIKAN NASIONAL DAN PEMBANGUNAN NEGARA BANGSA” pada 27 Jun 2013 di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya mengemukakan resolusi seperti berikut:-

Berasaskan kepada hasrat dan hakikat bahawa Malaysia perlu meningkatkan perpaduan Negara serta memperkukuhkan Modal Insan, kami dengan ini mendesak dan memperakukan kepada Kerajaan supaya:-

  1. Satu sistem pendidikan yang seragam (satu aliran) diwujudkan dengan menghapuskan sekolah-sekolah vernikular demi untuk mempastikan keluhuran perlembagaan dan memantapkan perpaduan Negara.
  2. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam semua bidang pengurusan rasmi termasuk di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
  3. Mata pelajaran Pendidikan Moral diwajibkan untuk semua pelajar bagi meningkatkan tahap akhlak dan moral mereka.
  4. Peruntukan khas yang mencukupi hendaklah disediakan untuk memperbaiki dan memastikan semua infrastruktur dan fasiliti sekolah-sekolah kebangsaan serta pengurusannya adalah pada tahap yang terbaik.
  5. Perkara-perkara dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 153 – Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, hendaklah dikekalkan dan dilaksanakan sepenuhnya khasnya mengenai biasiswa, dermasiswa dan keistimewaan–keistimewaan yang lain.

TAN SRI ASEH BIN HJ. CHE MAT

Presiden
Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia

Komen

Comments are closed.