Tongkat Pak Hassan

Tanpa bantuan mesin, hanya menggunakan sebilah parang dan gergaji, Pak Hassan gigih menghasilkan tongkat kayu untuk dijual. Pilihan kayu cengal menjadi keutamaan kerana ketahanan dan keunikan urat kayunya. Ketulan kayu dipotong menggunakan parang sehingga bentuk yang diingini dapat dihasilkan.

Untuk kemasan, kaca digunakan bagi melicinkan permukaan kayu dan turut menghaluskan permukaan tongkat yang akan dihasilkan. Hasil dari seni buatan tangan Pak Hassan ini hanya mampu dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit bagi menjaga kualiti produk, iaitu sekitar 10 batang tongkat untuk seminggu.

Bagi memastikan ketahanan setiap dari produk yang beliau hasilkan, Pak Hassan sendiri akan menguji ketahanan produk tersebut sebelum ia dijual. ini bagi memastikan setiap produk yang dijual betul-betul berkualiti dan menepati piawaian yang beliau sendiri telah tetapkan. Beliau mula belajar membuat seni kraf ini pada tahun 1970 dan sehingga kini telah menghasilkan beribu tongkat dimana setiap satunya di jual pada harga minima RM60.

 


Statistics

Visitors
10
Articles
99
Web Links
9
Articles View Hits
4666

Who's Online

We have 10 guests and no members online